Monday, December 6, 2010

MAJLIS PELANCARAN BERKHATAN BERAMAI-RAMAI

Pada 18 November 2010 bertempat di Padang Merdeka Dungun majlis pelancaran berkhatan beramai-ramai diadakan. Majlis tersebut melibatkan lebih kurang 1000 peserta yang berumur antara 10 hingga 13 tahun. Peserta berkhatan ini mewakili semua JKKK dalam Daerah Dungun dengan setiap JKKK disertai oleh sekurang-kurangnya 10 peserta. JKKK juga dikehendaki menyediakan satu pulut kuning bagi memeriahkan lagi majlis tersebut. Majlis pelancaran dirasmikan oleh YB Datuk Haji Zaabar bin Datuk Hj Mohd Adid, ADUN Kawasan Rantau Abang, merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam dan Infrastruktur Negeri Terengganu. Dalam ucapan beliau menyatakan program ini adalah merupakan satu-satunya program yang menunjukkan kemeriahan dan mencadangkan supaya diteruskan lagi dimasa akan datang. Dimajlis yang sama pelbagai hadiah disediakan bukan sahaja kepada peserta bahkan juga kepada JKKK yang menyertai perbarisan tersebut. JKKK Batu 48 menjadi juara perarakan.

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADAN

SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH 1432

SAYA HJ KAMARUDIN B SAMAN DAN SELURUH KELUARGA MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT TAHUN MAAL HIJRAH 1432 KEPADA SELURUH JAWATANKUASA JKKK, JAWATAN KUASA CAWANGAN UMNO, JAWATAN KUASA KRT JALAN TERATAI SERTA SEMUA WARGA KAMPUNG JALAN TERATAI. KITA SAMA BERDOA SEMUGA TAHUN INI LEBIH BAIK, LEBIH CERIA, LEBIH GEMILANG DARIPADA TAHUN LEPAS. "TERATAI CEMERLANG WARGA GEMILANG"

SELAMAT HARI RAYA