Friday, October 28, 2011

TENGOK BOLA

Tarikh: 28 Oktober 2011, seramai 28 orang pemuda daripada Kampung Jalan Teratai akan menyertai rombongan ke Shah Alam . Mereka bersama dengan peminat bolasepak daripada Terengganu untuk memberi sokongan kepada pasukan Terengganu. Sebahagian daripada mereka telah pun bertolak hari ini dan sebahagian lagi pada sebelah malam manakala beberapa orang akan bertolak pada pagi esok. Bagi menunjukkan sokongan mereka sanggup menyewa kereta secara berkongsi. Mudah-mudahan pasukan Terengganu beroleh kejayaan.

PROGRAM BAKUL JKKK DAN KEMAS

Tarikh: 25 Oktober 2011
JKKK Jalan Teratai bersama dengan KEMAS Daerah Dungun telah mengagihkan bakul hamper kepada penduduk Kampung Jalan Teratai. Peserta yang terlibat terdiri daripada penduduk yang uzur, OKU dan miskin.Smoga dengan agihan ini dapat mengubat dan meringankan beban kehidupan mereka dan keluarga.

Sunday, August 28, 2011

HADIAH COMBI NEGERI TERENGGANU















KAMI MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA KEPADA SEMUA PENGDUDUK KAMPUNG JALAN TERATAI DN SELURUH YANG MEMBUKA BLOG INI. "SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN"
Dari kiri Pn Marizan, Pn Zuriana, Pn Rohana, Pn Salwati. Pn Hjh Wan Sulong, Tn Hj Kamarudin Hjh Zaiton, Pn Che Wan Sena Pn Shahimi dan Pn Che Wan Minah

Tuesday, August 9, 2011

DANA RAYA

PENYAMPAIAN BAUCER DANA RAYA 1432H

Penyampaian Baucer dana Raya Tahun 2011 akan diadakan pada 12 Ogos 2011. Semua penerima yang terdiri daripada warga miskin, ibu dan bapa tunggal, warga emas dan OKU (wakil) dijemput hadir ke Balai JKKK Jalan Teratai mulai jam 930 pagi pada tarikh tersebut. Harap maklum.


Pengerusi JKKK
Jalan Teratai

Thursday, July 28, 2011

TERIMA KASIH PARA HAKIM


Pengerusi dan seluruh jawatankuasa JKKK Jalan Teratai mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua hakim Pertandingan Kebersihan Daerah Dungun yang sedia hadir untuk menghakimi pertandingan tersebut pada 28 Julai 2011 jam 10.45 pagi (kelmarin)

Hj Kamarudin
Pengerusi JKKK Jalan Teratai

Sunday, July 24, 2011

JKKK (PROGRAM COMBI CEMERLANG)

MAKLUMAN

AGEHAN WANG ZAKAT
Semua yang terlibat harap maklum. Pada 26 Julai 2011 jam 9.00 pagi bertempat di Masjid Tengku Intan Zaharah Dungun. Seramai 44 orang peserta terlibat.

DANA REMAJA
Agehan akan diadakan pada 27 Julai 2011. Pendaftaran peserta bermula jam 8.00 pagi hingga 9.00 pagi. Tempat: Dewan Majlis Perbandaran Dungun. Semua peserta yang terlibat diwajib hadir. Tanpa kehadiran bermakna senarai nama anda terbatal. Terima Kasih.

Thursday, April 21, 2011

PESANAN

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM COMBI

Pejabat Kesihatan Daerah Dungun akan menganjurkan Program COMBI dengan majlis pelancaran akan diadakan sebagaimana berikut:
Tarikh: 23 April 2011
Masa: 8.00 pagi
Tempat: Tapak Pasar Minggu Alor Tembesu
Perasmi: Yang Berhormat Tuan Haji Matulidi b Jusoh Ahli Parlimen Kawasan Dungun
Program ini melibat 4 kawasan JKKK meliputi JKKK Jalan Teratai, Alor Tembesu, Pak Sabah dan Gong Pasir. Dijangka dihadiri oleh lebih 500 orang
Aturcara:
- Explorise, Kuiz, Rawatan Kesihatan Percuma, Pertandingan Melukis Kanak dll

Thursday, March 31, 2011

Berita Harian Online | Azizulhasni terima anugerah YSD

Berita Harian Online Azizulhasni terima anugerah YSD

PROGRAM BANTUAN PAKAIAN SEKOLAH 2011

Program bantuan pakaian sekolah DUN Sura akan diadakan di Dewan Majlis Perbandaran Dungun pada 3 April 2011. Majlis ini bermula jam 8.30 pagi. Semua penerima diwajib hadir untuk

menunaikan baucer pakaian tersebut. Untuk makluman jumlah penerima JKKK Jalan Teratai seramai 118 pemohon dengan nilai keseluruhan yang diterima berjumlah RM20,900.00

Tuesday, January 18, 2011

JASAMU DIKENANG

Badan Penyelaras UMNO Dun Sura akan mengadakan Majlis Jasamu Dikenang
Pada: 12 Mac 2011
Masa: Mulai Jam 12.00 tengah hari
Tempat: Masjid al-Naim (Masjid Biru) Sura Utara
Majlis tersebut diadakan bertujuan untuk memperingati para pejuang dan pemimpin UMNO yang telah berjasa dan mempertaruh kehidupnnya untuk memperjuangkan nasib bangsa dalam DUN Sura khususnya dan UMNO Bahagian Dungun amnya yang telah menginggalkan kita. Majlis tersebut dijangka dihadiri oleh lebih daripada 1500 orang dengan penyertaan paling minima 50 orang setiap cawangan UMNO Dun Sura disamping tertamu jemputan. Majlis tersebut dijangka akan dihadir sama oleh YAB Menteri Besar Terengganu

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADAN

SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH 1432

SAYA HJ KAMARUDIN B SAMAN DAN SELURUH KELUARGA MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT TAHUN MAAL HIJRAH 1432 KEPADA SELURUH JAWATANKUASA JKKK, JAWATAN KUASA CAWANGAN UMNO, JAWATAN KUASA KRT JALAN TERATAI SERTA SEMUA WARGA KAMPUNG JALAN TERATAI. KITA SAMA BERDOA SEMUGA TAHUN INI LEBIH BAIK, LEBIH CERIA, LEBIH GEMILANG DARIPADA TAHUN LEPAS. "TERATAI CEMERLANG WARGA GEMILANG"

SELAMAT HARI RAYA